fbpx

9 Disember 2021, 5:34 pm

  TERKINI

Bot karam, tujuh penumpang terselamat

Tujuh penumpang yang terselamat dalam kejadian bot karam di perairan Kimanis, Papar hari ini.-Ihsan Maritim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tujuh lelaki berhadapan detik cemas apabila bot yang dinaiki karam di perairan Kimanis, Papar hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, kesemua mangsa berjaya diselamatkan oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd. Rosli Abdullah berkata, Pusat Kawalan Operasi Maritim (MRSC) menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 12.06 tengah hari.

“Dengan maklumat itu, Maritim Malaysia mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 12.45 tengah hari dengan mengerahkan Kapal Maritim (KM) Ikhlas serta bot Pengawal 39 menuju ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan maklumat awal, kejadian itu membabitkan dua buah bot iaitu sebuah bot besi berukuran empat meter karam sepenuhnya dan bot kedua yang berukuran 10 meter hampir tenggelam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd.Rosli berkata, tujuh orang mangsa yang berada di lokasi kejadian diarahkan oleh MRSC untuk memakai jaket keselamatan sementara menunggu bantuan tiba.

“Sebaik sahaja pasukan penyelamat tiba di lokasi kira-kira pukul 1.42 petang, kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat dan sedang berdiri di atas bot yang hampir tenggelam,” katanya.

Jelas beliau, kesemua mangsa yang juga kontraktor bagi kerja-kerja pemasangan di perairan Kimanis itu kemudian dibawa ke Jeti Maritim Sepanggar untuk tindakan selanjutnya. -UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI