Agong kurnia 210 darjah, bintang kepada angkatan tentera - Utusan Malaysia

Agong kurnia 210 darjah, bintang kepada angkatan tentera

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama Hishammuddin Hussein di Istana Negara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) bagi tahun ini di Balairung Seri Istana Negara, hari ini. 

Menurut Istana Negara, Seri Paduka Baginda yang juga Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera (ATM) telah berkenan mengurniakan Darjah dan Bintang kepada 210 penerima. 

Katanya, istiadat itu berlangsung dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti mana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi mengekang penularan wabak Covid-19. 

“Mendahului penerima adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Mohd. Zain; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd. Reza Mohd. Sany dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Ackbal Abdul Samad yang dikurniakan Darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT). 

“Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada 31 penerima, Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) 56 penerima, Kesatria Angkatan Tentera (KAT) 67 penerima dan Bentara Angkatan Tentera (BAT) 53 penerima,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Turut hadir, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd. Aziz. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya