75 kes menyamar sebagai kenalan untuk pinjam wang dikesan - Utusan Malaysia

75 kes menyamar sebagai kenalan untuk pinjam wang dikesan

AIBEE AB. GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 75 kes membabitkan penipuan individu menyamar sebagai kenalan bagi menipu untuk meminjam wang direkodkan di Negeri Sembilan setakat ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Ab. Ghani berkata, keseluruhan kerugian yang dicatat membabitkan kes berkenaan adalah sebanyak RM393,817.

Menurut beliau, jumlah kes dilaporkan meningkat berbanding tahun lalu dengan 68 kes melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM346,349.

“Modus operandi bagi kes ini ialah suspek akan menghantar pautan dan apabila mangsa menekan pautan tersebut, mangsa akan diminta untuk memberikan nombor pin.

“Sebaik sahaja nombor pin diberikan, suspek akan mengambil alih akaun WhatsApp mangsa. Suspek kemudian yang menyamar sebagai mangsa, akan menghantar mesej kepada kenalan mangsa dan menyatakan mahu meminjam wang dengan kadar segera disebabkan ada kecemasan atau akaun mangsa mempunyai masalah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aibee berkata, suspek akan mencuba meminta pinjaman sekitar RM500 dengan kenalan mangsa dan memberikan nombor akaun bukan atas nama mangsa dan memaklumkan akaun mangsa mempunyai masalah.

“Kami menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dengan apa sahaja pautan yang diterima melalui WhatsApp atau sistem pesanan ringkas (SMS).

“Jangan juga disebarkan apa-apa nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) atau nombor keselamatan kepada pihak lain,” katanya.

Menurut beliau, sekiranya ada menerima WhatsApp untuk meminjam wang, individu boleh menghubungi terus rakan berkenaan melalui panggilan telefon ataupun SMS untuk pengesahan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya