10 maut serangan Israel di Gaza - Utusan Malaysia

10 maut serangan Israel di Gaza

BEBERAPA orang memeriksa lokasi pengeboman Israel di Khan Yunis, Gaza semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR GAZA: Perkhidmatan pertahanan awam Gaza melaporkan bahawa serangan Israel mengorbankan 10 orang pada Sabtu, manakala tentera Israel berkata, salah seorang yang terbunuh ialah seorang  komander Hamas.

Satu serangan dron di Bandar Gaza mengorbankan lapan orang dan mencederakan 15 yang lain di kem Jawazat yang menempatkan penduduk yang dipindahkan, menurut pertahanan awam, sebuah perkhidmatan penyelamat yang beroperasi di bawah kuasa pergerakan  Hamas.

Hospital Al-Shifa di bandar itu turut melaporkan menerima lapan mayat.

“Kami menyasarkan (sasaran) di sektor tersebut,” kata tentera Israel kepada AFP tanpa memberikan butiran lanjut.

Lebih ke selatan, seorang lelaki berusia 25 tahun, Muhannad Othman Farwana, terbunuh pada waktu pagi dalam satu serangan ke atas sebuah khemah, menurut pertahanan awam.

Hospital Nasser di Khan Yunis memaklumkan bahawa mayat lelaki itu dibawa ke hospital bersama beberapa individu yang cedera.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel berkata, Farwana merupakan komander sel dalam sayap ketenteraan Hamas dan telah dibunuh dalam serangan tepat sasaran.

Serangan itu mengenai khemahnya yang terletak di atas bumbung rumahnya, hanya beberapa jam sebelum beliau dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada hari tersebut, kata sepupunya, Mohammed Farwana.

“Seluruh keluarga sudah bersedia untuk meraikan majlis perkahwinannya. Kini, sebaliknya kami menghadiri pengebumiannya,” katanya kepada AFP.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN