43,269 ibu, bapa tunggal di Terengganu dapat bantuan - Utusan Malaysia

43,269 ibu, bapa tunggal di Terengganu dapat bantuan

HANAFIAH MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pemberian bantuan tambahan RM500 kepada ibu dan bapa tunggal berpendapatan bawah RM5,000 dalam pembentangan Bajet 2022 Jumaat lalu memberi khabar gembira terhadap 43,269 golongan berkenaan di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, berdasarkan rekod Terengganu memiliki seramai 35,426 ibu tunggal diikuti bapa tunggal (7,843 orang).

Katanya, inisiatif bantuan tambahan itu bakal meringankan lagi bebanan golongan sasar selain manfaat RM2,000 yang diterima menerusi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi isi rumah yang mempunyai anak melebihi tiga orang.

“Ini akan membolehkan ibu dan bapa tunggal berkelayakan menerima jumlah maksimum bantuan sebanyak RM2,500.

“Harapan besar kita mahu melihat golongan sasar di samping lebih 100,000 warga emas yang terkesan akibat Covid-19 dapat mengharungi kehidupan dengan lebih tenang dalam tempoh serba mencabar ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau mengulas pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen.

Tengku Zafrul berkata, BKM akan memberi manfaat kepada lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya