Berjaya dapat PhD dalam penjara

Banduan berjaya dapat PhD dalam penjara

Dr. Murad ketika menerima skrol Ijazah Doktor Falsafah (PHD) daripada Pro-Canselor Open University Malaysia (OUM), Tan Sri Azman Hashim pada majlis konvokesyen universiti itu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, semalam. – MINGGUAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun meringkuk dalam penjara selama 23 tahun, seorang pemuda berjaya menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.

Dr. Murad (bukan nama sebenar), 38, berkata, hasrat untuk mendapatkan pelajaran tinggi itu bermula selepas dia mula dimasukkan ke dalam Penjara Kajang pada 2001 ketika berumur 14 tahun.

Katanya yang ditahan atas kesalahan membunuh, sebenarnya dia memang berhasrat untuk belajar ketika berhijrah dari kampungnya di Sabah sambil mencari pekerjaan di ibu kota.

“Niat awal nak bekerja sambil belajar sebab saya belajar sampai tingkatan satu sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita pada Konvokesyen ke-29 Open University Malaysia (OUM) di sini semalam.

Beliau menerima ijazah ter­sebut daripada Pro-Canselor OUM, Tan Sri Azman Hashim.

Murad yang buta huruf ketika ditahan pada umur 14 tahun te­lah belajar membaca dan me­nulis sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di dalam penjara.

Beliau kemudian mendaftar di OUM pada tahun 2009 untuk meneruskan pendidikan pada peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan akhirnya PhD, ke­semuanya dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN