Penyanyi Bea Sobar Bea ditahan sebulan lagi

Penyanyi Bea Sobar Bea ditahan sebulan lagi

EDA EZRIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT, THAILAND: Mah­kamah Wilayah Narathiwat sekali lagi menetapkan penyanyi Bea Sobar Bea, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail atau Eda Ezrin bersama suami dan empat lagi rakan terpaksa tinggal sebulan lagi di Penjara Wilayah Narathiwat.

Keputusan itu susulan Pendakwa Raya Wilayah diberikan kebenaran oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat untuk melanjutkan tempoh mengemukakan permohonan rayuan berhubung pembebasan enam rakyat Malaysia itu.

Memetik laporan portal berita tempatan, jurucakap Mahkamah Wilayah Narathiwat berkata, mahkamah telah membenarkan permohonan pendakwa raya yang dibuat pagi kelmarin.

Menurutnya, permohonan pertama bagi melanjutkan tempoh memfailkan rayuan sepatutnya tamat pada 6 Mei depan.

“Bagaimanapun, pendakwa raya telah mengemukakan permohonan kedua melanjutkan tempoh memfailkan rayuan pagi semalam. Tempoh lanjutan kedua itu selama sebulan dan akan berakhir 6 Jun depan.

“Pendakwa raya boleh mengemukakan permohonan kali ketiga iaitu yang terakhir yang tamat tempoh pada 6 Julai, sebelum memfailkan rayuan rasmi,” katanya semalam.

Jurucakap mahkamah memberitahu, pendakwa raya memberi alasan masih berusaha mengumpul bukti dan saksi baharu untuk proses rayuan sete­rusnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Eda Ezrin bersama suami dan empat lagi rakan terpaksa tinggal sebulan lagi.

Ia selepas Mahkamah Wi­layah Narathiwat memberi kebenaran kepada Pendakwa Raya Wilayah untuk melanjutkan tempoh mengemukakan permohonan rayuan berhubung pembebasan enam rakyat Malaysia itu pada 2 April lalu.

Terdahulu, Eda Ezrin, suaminya dan empat rakan yang dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda oleh Mahkamah Narathiwat di sini, perlu kembali semula ke penjara.

Kesemua mereka perlu kembali ke Penjara Wilayah Na­rathiwat bagi membolehkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dalam tempoh sebulan.

Sekiranya, tiada rayuan Eda Ezrin, suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama, Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, akan dibenarkan pulang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN