Tiga PPS Dengkil ditutup - Utusan Malaysia

Tiga PPS Dengkil ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) mukim Dengkil yang sebelum ini dibuka bagi menempatkan mangsa banjir, ditutup hari ini susulan keadaan kembali reda di kawasan tersebut.

Pegawai Daerah Sepang, Khairi Azali Ibrahim berkata, tiga PPS itu melibatkan Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Sekolah Agama Rendah Agama (SRA) Dengkil dan SRA Kampung Dato Ahmad Razali.

“Dah reda (keadaan banjir). PPS mukim Dengkil semua tutup,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Banjir kilat yang berlaku pada Rabu lalu di daerah ini menyebabkan 11 kawasan dalam mukim Dengkil dan Labu terjejas.

Antara kawasan mukim Dengkil yang terjejas ialah Kampung Sri Tanjong, Kampung Chemperai, PPRT Ampar Tenang, CCVC Kota Warisan, Kampung OA Bukit Tampoi (Seberang), Kampung OA Sungai Melut dan Kampung OA But.28 Jenderam Hilir.

Seterusnya mukim Labu pula melibatkan empat kampung iaitu Kampungg Chincang, Kampung Salak Tinggi, Kampung Giching, Taman Dataran Abadi dan Kampung Labu Lanjut.

Tambah beliau, setakat pukul 3.50 petang hari ini, terdapat 45 mangsa daripada 14 keluarga masih ditempatkan di PPS Kampung Giching di dalam mukim Labu. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya