Tiga kawasan di Klang dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

Tiga kawasan di Klang dilanda banjir kilat

PASUKAN penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dan Banting menemui penduduk sebuah daripada 15 rumah dekat Jalan Mohd Yamin, Klang, Selangor ditenggelami banjir kilat hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Beberapa kawasan di daerah ini termasuk Jalan Persekutuan dari arah Klang menghala Kuala Lumpur dilanda banjir kilat ekoran limpahan air sungai akibat hujan lebat sejak tengah hari tadi.

Antara kawasan terlibat ialah kawasan berhampiran Jusco Bukit Raja, Bandar Baru Klang; Taman Melawis dan Jalan 3 Off Jalan Mohd. Yamin, Pelabuhan Klang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebanyak 35 buah rumah dimasuki air iaitu masing-masing 20 buah rumah di Lorong Emas 2H, Taman Melawis apabila air mula naik setinggi 0.3 meter.

Katanya, 15 buah rumah lagi dinaiki air di Jalan Mohd. Yamin apabila air naik setinggi 1.83 meter dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa di rumah terlibat sedang dilakukan pihak bomba.

“Air sungai yang melimpah berhampiran Jusco Bukit Raja pula mengakibatkan lima buah kenderaan terkandas dalam banjir.

“Pihak bomba telah mengarahkan pemandu kenderaan terlibat keluar daripada kenderaan masing-masing dan berada di tempat yang selamat,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Seramai 18 pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Sungai Pinang, Pelabuhan Klang dan Banting terlibat dalam insiden banjir kilat.

Sebanyak tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua bot aluminium digunakan dalam operasi bermula seawal pukul 5.19 petang itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya