Tiada keperluan perkenal subjek khusus antirasuah - Utusan Malaysia

Tiada keperluan perkenal subjek khusus antirasuah

Datuk Razim Mohd Noor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Belum ada keperluan untuk memperkenalkan subjek pendidikan antirasuah dalam kalangan pelajar sekolah namun segmen tersebut yang tersedia dalam buku teks perlu  diperkasakan.

Sebaliknya kata Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Razim Mohd. Noor, pihaknya memberi fokus dalam membetulkan pandangan masyarakat terhadap masalah rasuah dalam negara.

“Kita sudah ada beberapa inisiatif yang lain. Pelan Antirasuah Nasional 2019 hingga 2023 telah memasukkan modul memperkenalkan pembelajaran antirasuah di peringkat sekolah. Jadi, dengan itu tidak perlulah memperkenalkan subjek tambahan yang memberi fokus pada isu yang sama. 

“Di sekolah juga sudah ada subjek pendidikan sivik dan moral, jadi pihak SPRM, kita berjaya masukkan pendidikan khususnya isu rasuah dalam buku teks sekolah. Ini adalah usaha yang cukup baik daripada pihak Kementerian Pendidikan.

“Ini juga sebenarnya satu persepsi kerana di Malaysia, ramai yang suka katakan negara kita terlibat dengan rasuah. Satu persepsi yang perlu dibetulkan adalah kaum Cina paling banyak terlibat,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian dalam Majlis Pelancaran Pertandingan Duta Antirasuah Peringkat Kebangsaan di ibu negara hari ini.

Turut hadir wakil Universiti Antarabangsa INTI selaku Penasihat Pertandingan, Datuk Tan Yew Sing dan Ketua Task Force Publisiti Antirasuah Belia Cina, Alex Ng Jun Fai. 

Razim telah merasmikan majlis itu dalam usaha untuk mewujudkan kesedaran orang ramai termasuk pelajar sekolah menengah dan menerusi pertandingan pidato antirasuah tersebut. 

“Dengan medium ini, saya harap kita dapat baiki persepsi negatif yang kita ada. 

“Negara luar seperti China, tidak pernah kompromi dengan rasuah. Jadi adalah tugas kita untuk membersihkan persepsi ini. Rasuah  memberi kesan masa panjang, oleh itu kita juga patut tahu susah untuk kita berubah dalam masa pendek,” jelasnya. 

Pertandingan pidato bahasa Mandarin tersebut terbahagi kepada tiga kategori iaitu kategori untuk kaum Cina sahaja, kaum bukan Cina serta kategori sekolah menengah. 

Rakyat Malaysia yang berkelayakan tanpa mengira bangsa berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM1,500, piala dan sijil.-UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya