Sudah lumrah dalam apa jua bidang perniagaan, penjual semestinya mulut mahu ‘manis’, tutur bicara sopan santun dan menyakinkan sehingga mampu memikat hati pelanggan. Ini kisah mengenai penjual insurans sama ada insurans perubatan, kesihatan atau kemalangan (kenderaan).
Sewaktu mahu mencari pelanggan, pelbagai syarat amat mudah dikenakan kepada pembeli insurans. Pelanggan hanya perlu memberikan fotostat kad pengenalan diri dan turunkan tandatangan pada satu borang yang diberikan. Butir-butir lain seperti alamat tempat tinggal, umur, pekerjaan dan sebagainya akan diisi oleh si penjual atau agen insurans tersebut.
Penjual insurans akan memberitahu kelebihan-kelebihan yang bakal dimiliki pembeli jika melanggan insurans dengan syarikat mereka.
Tetapi yang jelas agen insurans ini tidak akan menceritakan secara terperinci kesulitan yang bakal dihadapi pelanggan sewaktu hendak menuntut wang daripada syarikat insurans tersebut jika si pelanggan sakit dan dimasukkan ke dalam wad di hospital.
Sebenarnya ramai pembeli insurans terutama insurans perubatan dan kesihatan merungut ketika hendak menuntut wang daripada syarikat insurans apabila mereka diwadkan.
Pelbagai syarat dikenakan dan harus dituruti oleh si pembeli, jika tidak syarikat insurans tersebut tidak akan melayan permohonan si pembeli walaupun sudah menepati syarat masuk wad.
Kerenah birokrasi syarikat insurans yang menyusahkan pelanggan inilah yang menjadi punca kepada ramai orang menarik diri dan enggan lagi membeli insurans perubatan dan kesihatan. Ditambah lagi dengan peningkatan kos premium insurans khususnya insurans perubatan dan kesihatan akibat kenaikan kos rawatan, inflasi perubatan dan penggunaan teknologi perubatan yang lebih canggih.
Ekoran kerenah birokrasi yang benar-benar menyusahkan pelanggan menuntut kembali wang rawatan atau perubatan, ditambah lagi dengan kenaikan kos premium, ratusan ribu pelanggan insurans telah enggan menyambung bayaran insurans tersebut setelah tamat tempoh.
Bagi mereka, insurans yang dilanggani bukan membantu meringkankan beban, malah menyusahkan mereka, sedang wang yang mereka tuntut itu adalah hak mereka di saat memerlukan.
Ada kes beberapa orang pelanggan yang sakit dan perlu dimasukkan ke hospital serta diwadkan, terpaksa menguruskan beberapa dokumen yang hampir saja ditolak oleh syarikat insurans sehingga memaksa campurtangan pihak hospital. Apakah dengan surat penjelasan daripada doktor belum cukup menyakinkan mereka?
Dalam hal ini, tidak sepatutnya wujud ketidakfahaman terhadap syarat-syarat, manfaat dan proses tuntutan insurans oleh si pembeli kerana semua itu terlebih perlu dijelaskan secara terperinci oleh agen-agen insurans kepada pelanggan sebelum akad jual beli dimeterai.
Jangan ada sikap mahu untung sebelah pihak dan menyusahkan pihak lain sewaktu pelanggan ingin menuntut tanggungjawab daripada syarikat insurans. Syarikat insurans tidak seharusnya menyulitkan tuntutan insurans oleh pelanggan. Jangan susahkan lagi orang yang sedang dalam kesusahan. – UTUSAN
Imran Mohamad Nor Pengarang Berita Utusan Malaysia
Jangan sulitkan tuntutan insurans pelanggan

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved