Bersama perlu tarik sokongan kelas menengah, penduduk bandar

Bersama perlu tarik sokongan kelas menengah, penduduk bandar ganti PKR

TIAN CHUA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Bersama Malaysia (Bersama) perlu buktikan keupayaan menarik sokongan pengundi khususnya golongan kelas menengah, masyarakat bandar dan pengundi yang utamakan agenda reformasi institusi bagi membolehkan parti itu menggantikan PKR.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, ia menjadi cabaran bagi bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli untuk membina keyakinan bahawa parti tersebut mampu menjadi suara reformasi yang konsisten dan ada kekuatan organisasi setanding PKR.

“Masalahnya bukan PKR lenyap atau tidak. Isunya adalah sama ada parti ‘Sang Kancil’ ini berkemampuan mengganti PKR sebagai suara reformasi yang tulen sebagaimana dijanjikan Rafizi.

“Jika tiada parti yang mampu gantikan tempat PKR, golongan kelas menengah, kaum bukan Melayu, warga kota yang kini memilih parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada pilihan dengan hanya akan terus pilih dan mengukuhkan PKR untuk pastikan suara mereka tetap diwakil di arena politik Malaysia,” katanya semalam.

Rafizi sebelum ini meramalkan PKR bakal hadapi risiko besar untuk lenyap selepas era Anwar jika parti itu terus mengekalkan struktur birokratik lama dan gagal melakukan pembaharuan.

Malah katanya, fokus PKR kini terlalu berpaksi kelangsungan politik Anwar.

Dalam pada itu Tian Chua berkata, Mohd. Rafizi sepatutnya berada dalam kedudukan strategik untuk terus memperkukuh pengaruhnya dalam parti dan menawarkan diri sebagai antara calon utama menerajui kepemimpinan pada masa hadapan.

“Saya rasa Rafizi bercanggah dengan diri sendiri. Jika PKR tiada pemimpin kredibiliti kenapa dia keluar parti. Tunggu era pasca Anwar dan dia boleh ambil alih kepemimpinan dengan penyokong dalam PKR,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN