Stesen minyak jadi platform pasar produk tempatan - Utusan Malaysia

Stesen minyak jadi platform pasar produk tempatan

MOHD. Izhar Ahmad (tengah) menyampaikan simbolik dana Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat (JKPR) kepada penerima di SMK Senggarang Batu Pahat di Johor -UTUSAN/NUR ALINA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Dalam usaha mempromosikan produk tempatan kepada masyarakat luar negeri ini, Kerajaan Johor bercadang menjalinkan kerjasama dengan semua pengusaha stesen minyak khususnya yang berada di lebuh raya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Mohd. Izhar Ahmad berkata, setakat ini sebanyak 17 buah stesen minyak Petronas menyatakan persetujuan untuk bekerjasama bagi menjayakan fasa pertama.

“Pengguna lebuh raya akan melihat adanya produk-produk tempatan seperti makanan ringan, hasil kraftangan Johor dan lain-lain produk yang sekali gus membantu menjana pendapatan usahawan.

“Kerjasama ini bermula awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu bagi membantu usahawan yang terjejas memasarkan produk mereka,” katanya pada Program Walkabout bersama Gerakan Koperasi Negeri Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senggarang, di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.