Status rakan sekutu Sabah, Sarawak akan dikembalikan - Utusan Malaysia

Status rakan sekutu Sabah, Sarawak akan dikembalikan

ISMAIL Sabri Yaacob (kanan) mempengerusikan Mesyuarat MKMA63 yang turut disertai oleh Maximus Ongkili (dua kanan) serta ahli-ahli tetap MKMA63 di Putrajaya semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pindaan rang undang-undang untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen yang akan datang.

Itu antara persetujuan yang dicapai melalui Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, semalam.

Maximus berkata, pindaan itu membabitkan Perkara1(2) dan Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan bagi mentakrif semula maksud persekutuan.

Katanya, cadangan tersebut dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang mengetuai Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu MKMA63.

Wan Junaidi menyatakan pindaan itu berbeza dengan usul yang dikemukakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018 kerana pindaan kali ini melibatkan takrifan semula ‘persekutuan’ dalam Perkara 160 (2).

“Pindaan ini akan menentukan status semua negeri di Malaysia sejajar dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, MA63 dan status setelah Singapura keluar pada tahun 1965,” jelasnya.

Dalam pada itu, Maximus memberi jaminan MKMA63 akan terus membincangkan perkara-perkara tertunggak dan memastikan hak rakyat Sabah dan Sarawak dipulihkan melalui jawatankuasa penyelesaian masalah di bawah MKMA63.

Jelas beliau, MKMA63 turut bersetuju memberi kuasa kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak untuk mengeluarkan lesen tangkapan ikan laut dalam selaras dengan cadangan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Dalam mesyuarat itu, Ronald mencadangkan kepada MKMA63 untuk memberi kuasa kepada Jabatan Perikanan di Sabah untuk mengeluarkan lesen kapal dan peralatan penangkapan ikan untuk penangkapan ikan di zon C, yang kini dikendalikan oleh jabatan di peringkat persekutuan.

Tambah Maximus, pada awalnya cadangan tersebut dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah, tetapi MKMA63 telah bersetuju agar cadangan itu turut diperluas ke Sarawak.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya