Sepanyol lebur rekod tanpa kalah Itali - Utusan Malaysia

Sepanyol lebur rekod tanpa kalah Itali

Pengendali Sepanyol, Luis Enrique (kanan) ketika mengemudi latihan anak-anak buahnya menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2024 Qatar menentang Georgia di Las Rozas, Madrid, 4 September lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Itali dan Sepanyol akan berentap di separuh akhir Liga Negara-Negara UEFA di Stadium San Siro awal pagi esok waktu Malaysia sekali gus mengulangi pertarungan peringkat sama di Euro 2020.

Dalam saingan separuh akhir Kejuaraan Eropah pada Julai lalu itu, Sepanyol tewas kepada skuad Azzuri menerusi penentuan sepakan penalti yang menyaksikan Itali muncul juara.

Skuad kendalian Roberto Mancini kini memegang rekod dunia apabila tidak tewas dalam 37 perlawanan dan dijangka diperkuatkan barisan kesebelasan utama sama ketika menewaskan England di Wembley pada aksi final Euro 2020.

“Kami akan berdepan skuad hebat Itali. Mereka memang layak menewaskan England pada aksi final Euro 2020 dan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah untuk tempoh lama.

“Tetapi seperti kata pakar psikologi kami, kekalahan berlaku kepada semua pasukan. Ini bermakna, mereka kini semakin hampir kepada kekalahan dan detik itu jelas semakin dekat,” kata jurulatih Sepanyol, Luis Enrique.

Enrique turut merombak pasukan dengan menyenaraikan beberapa muka-muka baharu namun daripada 24 pemain tiada seorang pun pemain daripada pasukan Real Madrid.

Pengendali berusia 51 tahun itu, turut membuat kejutan apabila memanggil pemain tengah Barcelona berusia 17 tahun, Gavi dan pemain sayap Villarreal, Yeremi Pino (18 tahun).

Bagaimanapun, skuad kali ini tanpa Alvaro Morata, Gerard Moreno dan Dani Olmo kerana mengalami kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.