Salah dedah rahsia tampil cemerlang - Utusan Malaysia

Salah dedah rahsia tampil cemerlang

MOHAMED SALAH meledak hatrik ketika membantu Liverpool membelasah Manchester United 5-0, Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sentiasa berkata kepada diri sendiri bahawa dia adalah pemain terbaik dunia merupakan rahsia bintang Liverpool, Mohamed Salah terus mempamerkan aksi menakjubkan dan luar biasa.

Buktinya, penyerang Liverpool itu telah meledak 15 gol dalam 12 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan berada dalam senarai pemain pilihan yang akan memenangi anugerah Ballon d’Or bulan depan.

“Sememangnya menjadi cita-cita saya untuk menjadi pemain terbaik di dunia. Saya tidak perlu berbohong. Ia sesuatu yang menjadi pendorong semangat untuk bekerja lebih kuat dan berusaha beraksi dengan baik.

“Dalam fikiran saya, sentiasa memberitahu diri bahawa saya adalah pemain terbaik.

“Saya cuba meyakinkan perkara itu dalam minda. Tidak kisah jika ada orang yang bersetuju dengan anda dan ada segelintirnya tidak bersetuju,” kata Salah.

LIVERPOOL berpelukan ketika meraikan jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris, yang menyaksikan skuad Reds membelasah Manchester United 5-0 di Old Trafford, semalam.- AFP

Salah menjadi pemain pertama Liverpool menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut dengan dua jaringannya membantu kemenangan ke atas Atletico Madrid pada saingan Liga Juara-Juara minggu lalu.

Penyerang Mesir berusia 29 tahun itu turut menjaringkan tiga gol dalam dua penampilan di Old Trafford sebelum ini.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp yang meraikan kemenangan ke-200 sebagai pengurus kelab Merseyside itu, memuji persembahan Salah dan menyifatkan dia antara penyerang terbaik dunia, malah mengatasi Ronaldo dan Lionel Messi.

“Kedengaran hebat buat saya tetapi ia tetap mengenai pendapat. Saya gembira dengan prestasi saya buat masa ini. Saya tidak boleh cakap saya adalah yang terbaik dalam dunia kerana ada yang setuju dan ada pula sebaliknya,” ujarnya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya