Saifuddin adakan lawatan rasmi ke Jakarta - Utusan Malaysia

Saifuddin adakan lawatan rasmi ke Jakarta

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah mengadakan lawatan rasmi ke Jakarta, Republik Indonesia selama empat hari bermula hari ini sehingga 20 Oktober ini.

Menurut kenyataan, Kementerian Luar,  lawatan rasmi itu mencerminkan hubungan akrab dan komprehensif antara Malaysia dan Indonesia sebagai negara jiran terdekat.

Katanya, lawatan rasmi berkenaan juga memberi peluang bagi kedua-dua pihak untuk menerokai kerjasama baharu dalam fasa pemulihan pasca pandemik dan membincangkan usaha bagi menangani cabaran serantau serta antarabangsa

“Ini adalah lawatan pertama sejak pelantikan semula beliau (Saifuddin) pada 30 Ogos lalu, Menteri Luar turut diiringi oleh pegawai-pegawai daripada Wisma Putra.

“Saifuddin bakal mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia, Joko Widodo dan bertemu dengan rakan sejawat, Menteri Luar Negeri negara berkenaan , Retno Marsudi,” kata kenyataan itu hari ini. 

Tambah kementerian itu, Saifuddin turut dijadualkan mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Agung ASEAN, Datuk Lim Jock Hoi dan perbincangan dengan Jawatankuasa Perwakilan Tetap ASEAN.

“Program-program lawatan yang lain termasuk sesi forum interaktif bersama Universitas Paramadina dan Foreign Policy Community of Indonesia (FPCI), perjumpaan dengan Kamar Dagang Indonesia (KADIN) dan pertemuan dengan pelajar serta diaspora Malaysia di Jakarta

“Lawatan ini dirancang dan dilaksanakan selaras dengan tatacara dan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 seperti ditetapkan oleh pihak berkuasa kedua-dua negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya