Sabah model terbaik semangat perpaduan kaum - Utusan Malaysia

Sabah model terbaik semangat perpaduan kaum

JUHAR Mahiruddin (tengah) bersama Hajiji Noor (kanan) dan Mohd. Arifin (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Tokoh Maulidur Rasul peringkat negeri Sabah di Kota Kinabalu hari ini.-IHSAN Jabatan Ketua Menteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Rakyat di negeri ini dilihat sebagai model terbaik dalam melestarikan semangat perpaduan yang merentasi perbezaan ideologi politik, budaya mahupun kepercayaan.

Seiring dengan itu, rakyat Sabah disaran untuk terus mempertahankan perpaduan sedia ada untuk membolehkan masyarakat di negeri ini terus hidup dalam sebuah keluarga yang besar.

Demikian saranan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dalam perutusan sempena pelancaran sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sabah hari ini.

Di samping itu, beliau menyarankan kerajaan negeri untuk sentiasa menjaga kebajikan dan meningkatkan ekonomi rakyat agar mereka mampu berdaya saing untuk berhadapan dengan bebanan sosio-ekonomi yang mencabar semasa pandemik Covid-19.

Katanya, dalam menyantuni rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19, jentera kerajaan harus memastikan pelaksanaan pembangunan kerajaan menerusi belanjawan negeri mahupun di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dikendalikan dengan baik.

Jelas beliau, kerajaan juga perlu meningkatan sistem penyampaian sedia ada supaya lebih proaktif dan kreatif untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa tempoh sukar ini mampu ditempuhi dengan semangat kesatuan yang ada.

Mengulas lanjut katanya, sempena dengan sambutan Maulidur Rasul ini, umat Islam di negeri ini harus sentiasa menghayati dan mencontohi semangat pengorbanan Rasulullulah SAW yang sanggup berkorban demi kebaikan semua.

Dalam majlis itu, Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abdul Jamal Tun Sakaran dianugerahkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul kategori lelaki dan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Zaloha Ahmad bagi kategori wanita.

Turut hadir ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya