Rentas negeri secara haram punca kes naik, Perlis rekod 200 kes

Rentas negeri secara haram punca kes naik, Perlis rekod 200 kes

ANGGOTA Rela memeriksa kenderaan yang masuk ke Perlis di SJR di Kilometer 17, Simpang Empat, Arau, Perlis, baru-baru ini. - FOTO/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Rentas negeri secara haram dikenal pasti sebagai salah satu penyumbang peningkatan ketara jumlah kes positif Covid-19 di negeri ini yang merekodkan 200 kes baharu hari ini.

Pengerusi Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) negeri, Azman Mohd. Yusof berkata, aktiviti rentas negeri itu dipercayai daripada penduduk yang tinggal di Kedah.

“Aktiviti rentas negeri secara haram ini memang dikesan sebagai salah satu punca peningkatan kes di negeri ini.

“Selain itu, kaedah kuarantin di rumah bersama ahli keluarga yang merupakan satu kaedah kawalan kes oleh Jabatan Kesihatan negeri juga dipercayai menjadi antara punca.

“Ini kerana, pesakit yang dari kategori satu dan dua hanya dikuarantin di rumah kerana tidak serius dan boleh menjangkiti ahli keluarga yang lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perlis hari ini mencatatkan 200 kes jangkitan harian baharu iaitu jumlah tertinggi pernah direkodkan di negeri ini.

Daripada jumlah tersebut  199 adalah penularan tempatan dan satu kes import B.

Jangkitan itu melibatkan 73 peratus kes daripada saringan kontak rapat dengan kebanyakkan adalah dari Kluster Penyayang Jejawi.

Tambah Azman, sebanyak 72 peratus daripada kes itu melibatkan mereka yang lengkap dua dos vaksin. 

“Hanya tiga peratus kes berada pada kategori tiga, empat dan lima. Bagaimanapun, 50 peratus daripada kes kategori tiga, empat dan lima mempunyai penyakit kronik (komorbid),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.