PM bertemu enam syarikat utama Jepun

PM bertemu enam syarikat utama Jepun

jepun
Perdana Menteri ketika mengadakan pertemuan dengan enam syarikat utama Jepun dan antarabangsa iaitu IBM Corporation, Mitsubishi Corporation, ENEOS Corporation, Shizen Energy Inc., DENSO Corporation dan Marubeni Corporation di Tokyo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri yang sedang dalam lawatan ke Jepun telah mengadakan pertemuan dengan enam syarikat utama Jepun dan antarabangsa.

Syarikat-syarikat terbabit adalah IBM Corporation, Mitsubishi Corporation, ENEOS Corporation, Shizen Energy Inc., DENSO Corporation dan Marubeni Corporation.

“Syarikat-syarikat ini merupakan antara peneraju dunia dalam bidang kecerdasan buatan (AI), teknologi perkomputeran termaju, automotif berteknologi tinggi, tenaga, infrastruktur serta pembangunan tenaga boleh baharu.

“Perbincangan tertumpu kepada potensi kerjasama dan peluang pelaburan baharu dalam sektor strategik seperti tenaga, industri halal, AI, pusat data, teknologi digital dan industri masa hadapan.

“Tatkala dunia berdepan krisis bekalan dan tenaga global, kerjasama ini penting untuk memperkukuh daya tahan ekonomi serta keterjaminan bekalan negara.

“Fokus kita adalah untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti, memperkasa ekosistem berteknologi tinggi negara, mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat serta memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia-Jepun yang telah terjalin sejak sekian lama.

“Saya percaya keyakinan yang ditunjukkan syarikat-syarikat terkemuka Jepun terhadap Malaysia mencerminkan kedudukan negara kita yang semakin diyakini sebagai destinasi pelaburan strategik di rantau ini, khususnya dalam sektor yang bakal memacu pertumbuhan ekonomi masa depan,” katanya dalam hantara di X. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN