Rasuah: Mahkamah tolak rayuan bekas polis - Utusan Malaysia

Rasuah: Mahkamah tolak rayuan bekas polis

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang bekas anggota polis berputih mata untuk mendapatkan semula pencennya selepas Mahkamah Rayuan di sini mengekalkan sabitan terhadapnya atas kesalahan rasuah.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Kamaludin Md. Said yang bersidang bersama-sama Datuk P. Ravinthran dan Datuk M. Gunalan sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati rayuan oleh bekas Penolong Pegawai Penyiasat, Rijoli Solah tidak mempunyai sebarang merit.

Pada 22 Disember 2017, Rijoli yang pada ketika itu berusia 59 tahun didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar atas tuduhan menerima rasuah RM700 daripada Mohd. Hizzan Hussin.

Rasuah tersebut diberikan sebagai dorongan bagi membantu Mohd. Hizzan menukar keputusan ujian air kencingnya yang positif kepada negatif.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM10,000. Dia membayar denda tersebut sementara hukuman penjara digantung sementara menunggu rayuan.

Pada 22 Oktober 2019, Mahkamah Tinggi Alor Setar menolak rayuannya dan memerintahkan lelaki berkenaan untuk menjalani hukuman penjara.

Ketika di dalam penjara, Rijoli diserang angin ahmar menyebabkan dia kini perlu menggunakan kerusi roda.

Lelaki berkenaan memfailkan rayuan tersebut bagi mengetepikan sabitannya sekali gus mengembalikan pencen, gaji tertunggak dan denda yang telah dibayar sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya