PH Johor sedia, gembleng usaha menang PRN

PH Johor sedia, gembleng usaha menang PRN

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor akan meneruskan persiapan sedia ada bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang berkuat kuasa hari ini.

PH Johor berkata, perbincangan akan dipanjangkan ke peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan Pusat bagi merangka langkah seterusnya menjelang pilihan raya berkenaan.

“Tidak ada pilihan raya yang mudah dan PH bersedia menggembeleng usaha sebaik mungkin untuk memenangi PRN kali ini.

“Atas semangat demokrasi, PH akan meneruskan persiapan sedia ada bagi menghadapi pilihan raya ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi Amanah Johor merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa dan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching.

PH Johor berkata, pihaknya mengambil maklum pengumuman Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berhubung pembubaran DUN Johor.

Menurut gabungan itu, sejak awal lagi mereka telah menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan membubarkan DUN dalam masa terdekat.

“Dan ternyata sidang DUN yang diumumkan akan diadakan pada 22 Jun nanti adalah ‘tidak masuk akal’ sama sekali,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN