Kes pukul anak autisme: Reman sambung tiga hari

Pukul anak autisme: Reman sambung tiga hari

MOHAMAD FAROUK ESHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tempoh reman wanita warga Singapura yang sepatutnya tamat hari ini disambung tiga hari lagi bagi membantu siasatan kes dera kanak-kanak lelaki autisme di pusat asuhan di Bandar Baru Ampang, Ampang.

Perintah reman terhadap suspek berusia 51 tahun yang juga pengurus pusat asuhan itu sepatutnya akan berakhir Jumaat ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, reman suspek disambung tiga hari.

“Dia akan sambung reman hingga 8 Oktober ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1952.

Utusan Malaysia semalam melaporkan lima saksi dipanggil bagi membantu siasatan kes dera berkenaan selepas suspek ditahan pada Sabtu lalu.

Ini selepas wanita warga Singapura yang juga pengurus di sebuah pusat intervensi kanak-kanak selepas dipercayai memukul kanak-kanak autisme.

Mohamad Farouk berkata, mangsa kanak-kanak berusia enam tahun dihantar ke pusat asuhan itu oleh bapanya, seorang pengurus kargo berusia 36 tahun pada pukul 8.45 pagi, Jumaat lalu.

Kejadian disedari bapa kanak-kanak itu pada pukul 12.45 tengah hari berkenaan ketika mengambil mangsa dan ternampak kesan lebam pada bahu kiri dan kedua-dua mata anaknya.

Seorang guru di situ memaklumkan kesan kemerahan pada tepi dahi kiri mangsa itu didakwa berlaku akibat tindakan mangsa menghantukkan kepala pada meja atas alasan tidak mahu makan.

Bapa mangsa yang curiga dengan perkara itu kemudian menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan mendapati suspek bertindak kasar dengan mangsa apabila mangsa mengelak untuk makan.

Hantaran yang dibuat itu kemudian tular dan netizen meminta tindakan tegas diambil ke atas pemilik pusat intervensi berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN