Projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri diteruskan - Utusan Malaysia

Projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri diteruskan

MUSTAPHA Kamal Yaacob (dua dari kanan) ketika acara pelepasan konvoi Program Khidmat Masyarakat TNB-Air Asia ke Pos Tohoi dan Pos Gob. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Projek pembinaan Empangan Hidroelektrik Nenggiri di daerah ini akan diteruskan biarpun mendapat tentangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan segelintir komuniti Orang Asli.

Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) negeri, Mustapha Kamal Yaacob berkata, pihak TNB komited memastikan pembinaan empangan tersebut siap mengikut jadual iaitu tahun 2026. 

Kata beliau, projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri perlu dilihat dalam konteks positif kerana bakal memberi banyak manfaat kepada seluruh rakyat Kelantan.

“Bantahan yang dilakukan oleh kumpulan itu adalah proses biasa, namun kumpulan yang terlibat secara langsung dengan projek ini memang menyokong projek pembinaan diteruskan. Mereka selalu bertanya bila projek ini nak siap. 

“TNB akan terus memberi penerangan dalam sesi libat urus dengan kesemua pihak yang terlibat dengan projek mega ini,” katanya kepada pemberita selepas pelepasan Konvoi Program Khidmat Masyarakat TNB-Air Asia ke Pos Tohoi dan Pos Gob di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff.

Sebelum ini pembinaan Empangan Hidroelektrik Nenggiri mendapat tentangan kumpulan NGO yang didakwa akan menghapus identiti masyarakat Orang Asli serta hubungan mereka dengan alam sekitar. 

Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) Mustafa Along berkata, projek itu akan menyaksikan kehilangan hutan, gua batu kapur dan kampung-kampung di sekitarnya yang seluas 5,384 hektar.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.