Polis Melaka pantau medan ikan bakar, pantai - Utusan Malaysia

Polis Melaka pantau medan ikan bakar, pantai

ABDUL Majid Mohd. Ali bercakap kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Ketibaan Pelancong ke Melaka di Plaza Tol Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pengunjung medan ikan bakar di negeri ini perlu lebih berhati-hati dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selepas pihak polis mempertingkatkan pemantauan di premis berkenaan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, berdasarkan pengalaman lepas, pihaknya mendapati kerap berlaku pelanggaran SOP di kawasan tersebut.

Kata beliau, kawasan tumpuan pelancong yang lain seperti pantai juga akan menjadi keutamaan pengawasan polis.

“Selain SOP, pemantauan ini turut melibatkan pemeriksaan status vaksinasi pelancong yang akan dilakukan secara rawak.

“Kerajaan hanya membenarkan individu yang lengkap dua dos sahaja untuk rentas negeri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Ketibaan Pelancong Ke Melaka di Plaza Tol Ayer Keroh di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Tambah Abdul Majid, kira-kira 100,000 hingga 120,000 buah kenderaan dijangka masuk ke Melaka bagi tempoh tiga hari bermula hari ini sehingga Ahad.

Justeru katanya, polis dengan kekuatan seramai 168 anggota akan meningkatkan kawalan lalu lintas dan pemantauan SOP.

“Melaka masih dalam keadaan aman dan terkawal meskipun jumlah kehadiran pelancong semakin bertambah. Saya menyeru agar masyarakat patuh kepada SOP seperti yang ditetapkan kerajaan.

“Bersama-sama kita pastikan kesihatan awan terjamin semasa melancong ke Melaka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN