PH Melaka mula kempen digital - Utusan Malaysia

PH Melaka mula kempen digital

TANGKAP layar klip video kempen digital PH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) tidak menunggu lama memulakan strategi berkempen secara dalam talian setelah Kementerian Kesihatan mengeluarkan larangan bagi sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya.

Menerusi satu klip video pesanan suara yang disunting seakan-akan panggilan telefon, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari menjelaskan berkenaan prosedur mengundi bagi pengundi luar negara.

Adly berkata, pengundi luar negara yang layak mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini sudah tidak mempunyai masa lama untuk mendaftar, berikutan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 1 November.

“Bagi pengundi Melaka yang tinggal di luar negara, anda mesti mendaftar sebagai pengundi pos secara dalam talian (online) sebelum 1 November. Ia mengambil masa dua hingga tiga hari akaun yang baharu didaftarkan untuk diluluskan.

“Oleh itu, anda hanya tinggal satu atau dua hari untuk mendaftar. Selepas pendaftaran berjaya kertas undi akan dihantar ke alamat anda di luar negara sekarang.

“Setelah anda menerima undi. sila tanda pangkah di sebelah nama calon yang anda sokong. Kemudian hantar balik undi ke Malaysia secepat mungkin,” katanya menerusi klip video berdurasi satu minit 25 saat yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, larangan tersebut terpakai bagi PRN Melaka termasuk kempen rumah ke rumah dan ceramah politik.

Beliau berkata, larangan itu dikeluarkan bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 dan peningkatan kes mendadak selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan (senarai negatif) dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 yang terkini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya