Perlis catat 30 kematian dalam tempoh dua minggu - Utusan Malaysia

Perlis catat 30 kematian dalam tempoh dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Sebanyak 30 kes kematian membabitkan Covid-19 direkodkan dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini di Perlis, sekali gus merupakan kadar kematian tertinggi di negara ini iaitu 82.4 peratus.

Kes kematian tersebut direkodkan dari 29 September sehingga kelmarin dengan 13 kes melibatkan mereka yang lengkap vaksinasi manakala 17 kes mereka yang belum menerima suntikan vaksin.

Kebanyakan kematian itu membabitkan golongan warga emas, penyakit kronik dan tidak divaksin.

Setakat kelmarin, jumlah keseluruhan kes kematian di Perlis adalah sebanyak 91 dengan warga emas dan kumpulan komorbid iaitu mempunyai penyakit kronik selain tidak divaksin menjadi antara penyumbang tertinggi kematian itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) negeri, Azman Mohd. Yusof berkata, purata kematian dalam tempoh seminggu bermula 4 Oktober adalah dua kes.

PERLIS merekodkan kadar kematian tertinggi sebanyak 82.4 peratus dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.- UTUSAN

Katanya, majoriti kes kematian tersebut adalah terdiri daripada kumpulan kumpulan komorbid dan tidak divaksin.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Kumpulan umur yang melibatkan kematian pula adalah kebanyakannya terdiri daripada warga emas dan semalam Perlis merekodkan dua kematian melibatkan warga emas berumur 79 dan 80 tahun,” katanya.

Menurut laman web CovidNow, selepas Perlis, kadar kematian kedua tertinggi adalah Pulau Pinang 73.9 peratus diikuti Sarawak (56.8 peratus); Kelantan (46.2  peratus); Johor (38.9 peratus); Perak (38.6 peratus); Sabah (31.5 peratus), Terengganu (31 peratus), Kedah (26.1 peratus), Melaka (20.4 peratus), Kuala Lumpur (19.2 peratus) dan negeri-negeri lain merekodkan bawah 17 peratus.

Kadar tersebut adalah kematian untuk per satu juta populasi. Peratusan kadar kematian di Malaysia pula adalah pada 32.6 peratus bagi tempoh yang sama.

Kebelakangan ini, Perlis menunjukkan peningkatan jumlah kes Covid-19 termasuk Khamis lalu merekodkan 200 kes iaitu jumlah tertinggi kes harian pernah dicatatkan sejak tercetusnya pandemik hampir dua tahun lalu.

Setakat kelmarin, jumlah kes terkumpul di negeri ini adalah sebanyak 4,748.

Dalam pada itu, kadar penggunaan alat bantuan pernafasan (ABP) di negeri ini adalah sebanyak 20.7 peratus manakala kadar penggunaan Unit Rawatan Rapi (ICU) pula 47.4 peratus serta kadar penggunaan katil di hospital adalah 74.6 peratus.

Sementara itu, orang ramai masih gusar dengan kelonggaran merentas negeri kerana khuatir jangkitan di Perlis terus meningkat.

Seorang peniaga, Nor Irwan Khamis,40, berkata, aktiviti rentas negeri boleh mengundang risiko tercetusnya gelombang jangkitan Covid-19 lebih besar terutamanya di Perlis yang merekodkan peningkatan kes sejak kebelakangan ini.

Katanya, individu yang merentas negeri diharap dapat mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) selain tidak merentas ke negeri jika masih belum lengkap vaksinasi.

“Sebenarnya rentas negeri ini ada yang baik dan buruknya. Jadi semua individu perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab mematuhi SOP termasuk melakukan ujian pengesanan Covid-19 sebelum merentas negeri. Perlis negeri kecil, jika tercetusnya gelombang mungkin sukar dikawal,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya