Penunggang motosikal maut rempuh MPV - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut rempuh MPV

Motosikal digunakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut di Putatan, semalam.-IHSAN Polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki maut setelah motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Kota Kinabalu-Papar, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, remaja berusia 22 tahun berkenaan terlanggar sebuah MPV yang sedang membuat pusingan-U berhampiran Gedung Perabot Rustica Putatan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, akibat rempuhan itu, remaja lelaki itu mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) dekat sini dan kemudian disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi hari yang sama.

“Siasatan polis mendapati, pemandu kenderaan MPV datang dari arah Kota Kinabalu menuju ke Papar dan membuat pusingan-U.

“Kenderaan itu dirempuh oleh penunggang motosikal dari arah bertentangan iaitu dari Jalan Putatan menuju ke Kota Kinabalu.

“Akibat rempuhan, penunggang motosikal itu mengalami cedera parah pada bahagian kaki dan muka dihantar di HQE sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Haris berkata, pemandu MPV iaitu seorang lelaki berusia 59 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa kini masih berada di Unit Forensik HQE untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya