Pencawang baharu Tatau bekalkan elektrik ke kawasan lebih luas

Pencawang baharu Tatau bekalkan elektrik ke kawasan lebih luas

PENCAWANG Tatau yang baharu bakal membekalkan tenaga lebih luas di daerah Tatau, Bintulu. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Liputan bekalan elektrik ke daerah Tatau dalam Bahagian Bintulu akan diperluaskan dalam sedikit masa lagi bagi meningkatkan bekalan di kawasan berkenaan.

Syarikat pembekal tenaga, Sarawak Energy Berhad dalam kenyataannya hari ini berkata, penyambungan akan dfibuat dari pencawang Tatau yang baharu (pencawang 275/132/33/11KV) untuk menghubungkan Tatau ke grid elektrik utama melalui talian penghantaran Kemena-Selangau 275KV.

Menurut kenyataan berkenaan, sebelum kerja-kerja penyambungan dari pencawang Tatau yang bernilai RM107 juta itu, aliran elektrik talian Kemena-Selangau akan ditutup dari 25 Oktober hingga 1 November 2021 sementara talian lain terus membekalkan tenaga sepanjang tempoh penutupan itu nanti.

“Keseluruhan bekalan elektrik dijangka tidak terjejas sepanjang kerja-kerja penyambungan dijalankan. Bagaimanapun, sekiranya cuaca buruk, kerja pemasangan akan ditunda atas faktor keselamatan,” katanya.

Katanya, pada masa ini bekalan elektrik di Tatau dan kawasan sekitarnya yang merangkumi Sangan dan Samarakan disediakan melalui dua litar talian bekalan 33KV overhead yang berjalan pada jarak sekitar 40 kilometer dari Pencawang Bintulu Airport 33/11KV menjadikan kemudahan bekalan yang lama ini dapat diterima oleh gangguan dan kesalahan.

Pencawang Tatau yang dibiayai di bawah Projek Rakyat Sarawak adalah salah satu projek penting untuk meningkatkan liputan bekalan elektrik luar di bandar di bawah Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar bagi memenuhi keperluan di daerah Tatau.

“Kira-kira 1,800 isi rumah dan perniagaan dijangka mendapat manfaat daripada pencawang Tatau yang baharu ini, yang mampu meningkatkan rangkaian bekalan untuk daerah Tatau dan kawasan luar bandar di sekitarnya,” katanya.

Sarawak Energy memohon maaf atas kesulitan yang timbul dalam usaha berterusan kami untuk memodenkan sistem kuasa elektrik di Sarawak dan menyediakan bekalan elektrik yang boleh dipercayai untuk rakyat.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Sarawak Energy di talian 1300-88-3111 atau gunakan aplikasi mudah alih Sarawak Energy SEBcares untuk sebarang pertanyaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya