Israel-Hizbollah bertempur meskipun Trump umum gencatan senjata - Utusan Malaysia

Israel-Hizbollah bertempur meskipun Trump umum gencatan senjata

PERTEMPURAN antara dengan Israel dengan Hizbollah di Lubnan masih berlaku. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Israel dan kumpulan Hizbollah pada Selasa bertempur semalaman walaupun Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menghentikan pertempuran.

Serangan Israel yang semakin meluas di Lubnan, termasuk pengeboman berat dan serangan darat dalam tempoh dua dekad, telah mengancam untuk menggagalkan usaha gencatan senjata dalam konflik lebih besar di Asia Barat antara AS serta Iran.

Hizbollah menarik Lubnan ke dalam konflik pada 2 Mac dengan melancarkan roket ke Israel sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin tertinggi Iran oleh AS-Israel.

Teheran kemudian menuntut Lubnan dimasukkan dalam sebarang perjanjian damai dengan Washington.

Pertempuran semalaman berlaku selepas Lubnan berkata, Hezbollah yang disokong Iran telah menerima cadangan AS untuk menghentikan serangan secara timbal balik selepas Trump mendakwa beliau berjaya memujuk kedua-dua pihak untuk meredakan ketegangan.

Berdasarkan  perjanjian itu, serangan Israel di Dahiyeh, pinggir selatan Beirut akan dihentikan sebagai pertukaran kepada komitmen Hizbollah untuk tidak melancarkan serangan terhadap Israel, menurut kenyataan kedutaan Lubnan di Washington.

Namun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meragui gencatan senjata itu.

“Tiada tentera akan dihantar ke Beirut, dan mana-mana tentera yang sedang dalam perjalanan telah dipatahkan,” kata Trump di media sosial Truth Social selepas panggilan telefon dengan Netanyahu.

“Begitu juga, melalui wakil-wakil kanan, saya mengadakan perbualan yang sangat baik dengan Hizbollah dan mereka bersetuju bahawa semua tembakan akan dihentikan. Israel tidak akan menyerang mereka dan mereka tidak akan menyerang Israel,” tambahnya.

Netanyahu kemudian berkata, beliau telah memberitahu Trump bahawa Israel akan menyerang Beirut jika Hizbollah tidak menghentikan serangan terhadap Israel.

Namun, Trump terus mempertahankan gencatan senjata itu, dengan menyatakan di Truth Social bahawa beliau berharap Israel dan Hizbollah akan berhenti berperang untuk selama-lamanya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN