Penangguhan cukai pendapatan 6 bulan PMKS - Utusan Malaysia

Penangguhan cukai pendapatan 6 bulan PMKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan penangguhan bayaran ansuran cukai pendapatan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) selama enam bulan sehingga 30 Jun 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia merupakan empat langkah kerajaan untuk membantu mereka untuk kembali merancakkan ekonomi negara.

Selain itu katanya, semua perniagaan dibenar membuat pindaan anggaran cukai pendapatan yang kena dibayar dalam bulan ke-11 sebelum 31 Oktober 2022.

“Ketiga adalah potongan cukai khas sehingga Jun 2022 kepada pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang memberikan pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30 peratus.

“Keempat, kerugian terkumpul yang tidak dapat diserap boleh dibawa ke hadapan untuk tempoh daripada maksimum tujuh tahun taksiran berturut-turut kepada maksimum 10 tahun taksiran berturut-turut,” katanya dalam pembentangan Bajet 2022 hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.