Pembahagian kerusi PH Melaka, dimuktamadkan Selasa - Adly Zahari - Utusan Malaysia

Pembahagian kerusi PH Melaka, dimuktamadkan Selasa – Adly Zahari

ADLY Zahari (tiga dari kiri) ketika menghadiri Program Pembersihan Pantai Puteri, Tanjong Kling, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) Melaka akan memuktamadkan pembahagian kerusi pilihan raya negeri (PRN), selewat-lewatnya Selasa ini, kata Pengerusinya, Adly Zahari.

Beliau berkata, PH tetap bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), meskipun pemfailan semakan kehakiman keabsahan pembubaran dilakukan semalam.

“Kita yakin ia boleh dimuktamadkan sebelum pertengahan minggu depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita melalui muafakat PH memang menstrategikan kedudukan parti masing-masing supaya yang paling penting ialah bila keputusan dibuat, kita boleh mencapai kemenangan dan dipilih oleh rakyat Melaka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Pembersihan Pantai Puteri, Tanjong Kling, di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali mempersoalkan, adakah PH tetap akan bertanding dalam PRN, selepas memfailkan perkara tersebut ke Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, memandangkan semakan kehakiman sudah dilakukan, perundangan dilihat sebagai kaedah terbaik untuk menentukan kebenaran di sebalik pertikaian tersebut.

Semalam, Adly memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar kesahihan pembubaran DUN Melaka atas dakwaan, perintah pembubaran oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dibuat atas nasihat yang salah.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai jumlah kerusi yan ditandingi Parti Amanah Negara (Amanah), Adly yang juga Naib Presidennya menjangkakan, parti itu bertanding di sekurang-kurangnya lapan kerusi.

“Buat masa ini, ada beberapa kerusi lagi belum dimuktamadkan, jadi, kita akan adakan rundingan lanjut dengan rakan-rakan dari PH,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×