Pekerja asing dibenarkan masuk untuk sektor perladangan

Pekerja asing dibenarkan masuk untuk sektor perladangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 bersetuju dengan cadangan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pekerja asing ke Malaysia khususnya bagi memenuhi keperluan sektor perladangan seperti yang dibentangkan Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, SOP-SOP ini akan dikuatkuasakan kepada semua sektor yang ditetapkan dan diluluskan secara case-by-case basis oleh Jawatankuasa Pekerja Asing yang dipengerusikan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau berkata, kuota dan tarikh kemasukan pekerja asing bagi sektor pekerjaan lain adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat bersama dua menteri itu.

Menurut Perdana Menteri, terdapat empat SOP yang ditetapkan iaitu pra perlepasan, semasa ketibaan, selepas ketibaan dan pasca kuarantin.

“Bagi SOP pra perlepasan, perlu menerima vaksinasi lengkap di negara sumber (diperakui oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)); melakukan ujian saringan menggunakan RT-PCR 72 jam sebelum meninggalkan negara asal; mengemukakan sijil vaksinasi serta mematuhi syarat dan dasar imigresen serta lain-lain kriteria yang ditetapkan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, bagi SOP semasa ketibaan pula, hanya melalui satu pintu masuk iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan KLIA 2 sahaja (kecuali pekerja asing dari Thailand – kru vessel penangkapan ikan tempatan melalui laluan darat seperti Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian, Betong dan Rantau Panjang).

Kata beliau, segala urusan adalah dengan wakil majikan dan agensi kerajaan berkaitan (Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Kesihatan (KKM), Agensi Kawal Selia dan lain-lain)

“Melalui laluan khas (Special Lane) kemasukan pekerja asing, dan mempunyai wakil perwakilan diplomatik negara sumber (pilihan),” katanya.

Bagi SOP selepas ketibaan pula, kata Perdana Menteri, berhubung pelaksanaan kuarantin, tempoh kuarantin diselaraskan dengan KKM (tempoh kuarantin wajib adalah tujuh hari), berada di pusat kuarantin yang diperakui kerajaan di sekitar Lembah Klang sahaja (pengecualian kepada pekerja asing warga Thailand yang bekerja sebagai kru vessel penangkapan ikan tempatan yang akan menggunakan pusat kuarantin berdekatan pintu masuk)

Katanya, Ujian RT-PCR perlu dilakukan pada hari kedua dan hari keluma tempoh kuarantin dan sekiranya positif, kes kategori 1 atau 2 perlu disolasi di PKRC swasta, manakala kes kategori 3, 4 dan 5 perlu dirujuk ke hospital swasta.

Dalam pada itu, bagi SOP pasca kuarantin, Perdana Menteri berkata, selepas tamat kuarantin dan disahkan negatif, pekerja asing akan dibawa ke premis majikan menggunakan pengangkutan disediakan majikan selain urusan FOMEMA.

“Pekerja asing perlu mematuhi SOP yang ditetapkan majikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.