Pekerja akan kembali apabila ekonomi pulih 30 peratus - Utusan Malaysia

Pekerja akan kembali apabila ekonomi pulih 30 peratus

FOO NGEE KEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pekerja bagi sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka akan bekerja semula apabila sektor ekonomi kembali pulih 20 hingga 30 peratus menjelang akhir tahun ini.

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai pekerja dalam pelbagai sektor termasuk PKS terpaksa diberhentikan mahupun diberi cuti tanpa gaji.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah, Foo Ngee Kee berkata, memandangkan sempadan daerah di Sabah hanya mula dibuka hari ini maka, perubahan sektor ekonomi hanya boleh dilihat dalam tempoh sebulan.

Sekiranya ekonomi kembali meningkat, pengusaha PKS pasti akan memanggil semula pekerja-pekerja yang terpaksa diberhentikan atau bercuti tanpa gaji ketika PKP.

“Apabila sempadan negeri dibuka bermula 1 November ini, kita berharap lebih banyak pekerja akan kembali bekerja secara berperingkat.

“Kita berharap menjelang akhir tahun ini ekonomi sudah pulih sehingga 30 peratus bagi memberi ruang kepada anak tempatan untuk kembali bekerja.

“Namun, jika menjelang hujung tahun ini ekonomi masih belum menunjukkan peningkatan, ia menjadi satu petanda yang tidak baik,” katanya.

Bagi memberi ruang kepada pengusaha membina semula perniagaan masing-masing, kerajaan harus melanjutkan inisiatif Program Subsidi Upah (PSU) sehingga hujung tahun ini.

“Perniagaan tidak boleh pulih dalam tempoh semalaman, kami memerlukan masa untuk membina semula perniagaan yang terjejas sejak 20 bulan lalu.

“Dengan adanya PSU, sekurang-kurangnya kami dapat bertahan sehingga perniagaan pulih secara berperingkat,” katanya.

Tambah beliau, bukan semua pengusaha mempunyai simpanan dana yang banyak untuk menampung gaji pekerja serta kerugian yang dihadapi sejak pandemik Covid-19 melanda. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya