[PARLIMEN] Kerajaan mahu bank longgarkan lagi syarat pinjaman kepada PKS - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Kerajaan mahu bank longgarkan lagi syarat pinjaman kepada PKS

YAMANI HAFEZ MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan mahu bank melonggarkan lagi syarat-syarat yang dikenakan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa berkata, perkara itu sudah dicadangkan kepada pihak bank bagi meringankan beban PKS demi kelangsungan perniagaan.

“Kita pun mencadangkan kepada bank-bank akan melonggarkan lagi bantuan bayaran, syarat-syarat yang diperlukan.

“Apabila peminjam menerima bantuan bayaran balik dalam tempoh pandemik Covid-19, mereka tidak direkodkan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat CCRIS kerana bantuan khusus yang bersesuaian dengan keperluan kewangan individu itu adalah penting

“PKS yang memerlukan bimbingan boleh hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sebagai usaha berterusan untuk bantu sektor PKS terutamanya golongn terjejas akibat Covid-19,” katanya ketika jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) sama ada kerajaan membuat perbincangan dengan bank supaya memberi kelonggaran apabila memproses permohonan pinjaman supaya PKS tidak akan menghadapi masalah bankrap.

Dalam pada itu, Yamani memaklumkan bahawa jumlah kemudahan pembiayaan yang diluluskan di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh 6 Mac 2020 hingga 28 Julai 2021 adalah sebanyak RM16 bilion.

Katanya, kelulusan ini melibatkan lebih 37,959 akaun PKS dengan kadar kelulusan sebanyak 80 peratus daripada keseluruhan permohonan yang
diterima.

“Semasa membuat penilaian ke atas permohonan pembiayaan oleh PKS, terdapat tiga sebab utama permohonan mereka ditolak iaitu aliran tunai yang tidak mencukupi, perniagaan tidak berdaya maju dan tahap keberhutangan yang tinggi,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN