OKU Sentral sedia bantu wujudkan PPV Pandu Lalu - Utusan Malaysia

OKU Sentral sedia bantu wujudkan PPV Pandu Lalu

PESERTA vaksinasi ke 19,696 iaitu yang terakhir, Zaleha Razak (kiri) bersama Ras Adiba Radzi pada hari terakhir dan penutup di PPV OKU Sentral Arena Larkin di Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Persatuan OKU Sentral sedia membantu mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri dalam mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu khusus buat golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

Presidennya, Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, pihaknya berpengalaman mengendalikan dua PPV Pandu Lalu iaitu di Ara Damansara di ibu negara dan Larkin, di sini.

“Kami sedia berkhidmat dan memberikan sokongan serta nasihat kepada mana-mana pihak yang memerlukan sebuah PPV khas secara pandu lalu buat golongan yang memerlukan.

“Kebaikan PPV pandu lalu adalah memudahkan proses suntikan khususnya buat OKU dan warga emas di mana kami menguruskan pengunjung yang terdiri daripada tujuh kategori OKU termasuk fizikal, mental dan masalah pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa hari terakhir operasi PPV Pandu Lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik Arena Larkin, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengurus PPV Pandu Lalu OKU Sentral, Dr. Muhammad Khalis Safiq dan Ketua Penyelarasnya, Zairul Adilla Zani.

Tambah Ras Adiba, pihaknya telah memberikan kira-kira 20,000 suntikan dos vaksin Covid-19 jenis Sinovac sejak PPV berkenaan mula beroperasi pada 25 Ogos lalu hingga hari ini.

“Sekiranya mana-mana pihak berminat untuk membuka PPV Pandu Lalu khususnya di negeri-negeri yang masih mempunyai kadar vaksinasi rendah, mereka boleh berhubung dengan kami melalui mana-mana media sosial kami,” jelasnya.

Sementara itu, Dr. Muhammad Khalis memberitahu, pihaknya berterima kasih dengan kerjasama diberikan pelbagai agensi terlibat termasuk penyedia perkhidmatan kesihatan swasta di PPV berkenaan, iaitu Hospital Pakar KPJ Puteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya