Nenek cedera dihempap dahan di Pantai Batu Buruk - Utusan Malaysia

Nenek cedera dihempap dahan di Pantai Batu Buruk

DAHAN pokok ru yang menghempap seorang nenek hingga cedera di Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Penantian seorang nenek untuk menyambut kelahiran cucu baharu bertukar tragedi apabila dia cedera dihempap dahan pokok di Pantai Batu Buruk di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.15 petang itu, mangsa, Roslina Mohamed, 50-an, dari Kampung Nail, Besut mengalami pendarahan pada hidung sebaik sahaja dahan pokok ru menghempap bahagian belakangnya.

Mangsa yang kesakitan segera dikejarkan ke wad kecemasan, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang terletak berdekatan pantai berkenaan.

Anak mangsa, Muhamad Shahrul Azlan Hassan, 25, berkata, sebelum kejadian dia bersama ibunya dan dua anak berkunjung ke kawasan pantai itu dengan mangsa duduk di bangku disediakan.

Katanya, mereka sekeluarga berada di daerah ini sejak semalam bagi menemani isterinya bersalin di HSNZ.

Menurutnya, kejadian berlaku terlalu pantas hingga ibunya yang ketika itu berbual di telefon tidak sempat mengelak untuk menyelamatkan diri.

“Saya yang berada berdekatan segera memeluk untuk menenangkannya dan kini dia masih menerima rawatan di wad kecemasan,” katanya ketika ditemui di HSNZ di sini, hari ini.

Menurut Muhamad Shahrul Azlan, sebelum kejadian, keadaan cuaca di kawasan tumpuan ramai untuk bersantai itu cerah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.