MPRA 2021 ketengahkan pentingnya fungsi perhubungan awam - Utusan Malaysia

MPRA 2021 ketengahkan pentingnya fungsi perhubungan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Perhubungan Awam dan Komunikasi (PRCA) Malaysia melancarkan Anugerah Perhubungan Awam Malaysia 2021 (MPRA2021), yang bakal dilangsungkan pada bulan Disember tahun ini.

Penganjuran edisi ke-13 itu membabitkan penyertaan bagi acara berprestij industri Perhubungan Awam dan Komunikasi yang kini dibuka untuk penyertaan sehingga 31 Oktober 2021.

Acara tahunan ini telah ditangguh selama hampir dua tahun akibat pandemik Covid19.

Kini MPRA2021 kembali dengan perubahan ketara, termasuk penambahan kategori anugerah, pemilihan panel juri yang ternama dan berpengalaman serta sokongan organisasi ternama
melalui beberapa pakej tajaan.

Acara ini menjanjikan komitmen PRCA ke arah menjadikan MPRA2021 sebagai Penganugerahan Industri tersohor yang memberi penghargaan kepada usaha serta karya yang terbaik dalam industri perkhidmatan awam dan komunikasi, samada dihasilkan oleh Agensi ataupun Unit Komunikasi dalaman.

Anugerah edisi ke-13 ini akan mengumumkan pemenangnya pada bulan Disember 2021. Dua kategori khas telah ditambah bagi mengikhtiraf pencapaian inisiatif dan kempen terbaik yang
semasa COVID-19 ini.

Menurut presiden PRCA Malaysia, Andy See, walaupun pendemik Covid-19 membawa cabaran besar kepada industri, ianya juga membuka ruang untuk untuk industri mengetengahkan betapa pentingnya perhubungan awam dan komunikasi secara strategik dalam mengharungi cabaran dan tekanan pandemik ini.

“MPRA2021 bakal memberi pengikhtirafan kepada mereka yang mempamerkan daya ketahanan dan kemampuan pasukan perhubungan awam ‘mengadaptasi’ dalam menghadapi krisis yang berterusan,” katanya.

Ketua Jawatankuasa MPRA2021, Stefanie Braukmann pula berkata, Covid-19 telah menyerlahkan nilai sebenar perkhidmatan Perhubungan Awam – inilah misi MPRA2021.

“Agensi dan pasukan komunikasi dalaman sentiasa berada di garis hadapan bagi memastikan setiap komunikasi dijalankan dengan efektif. Di sebalik pelbagai penceritaan serta naratif – samada laporan kewangan, inisiatif ‘outreach’, kisah norma baharu dan usaha pematuhan SOP, terdapat pasukan Perhubungan Awam yang memastikan perkongsian maklumat tepat dapat menarik perhatian kumpulan sasar.

“Selaras dengan pendekatan ‘ADAPT’, penekanan diberi kepada mengadaptasi cara penyampaian perkhidmatan dalam mengharungi cabaran pandemik di samping memelihara kepercayaan dari pihak berkepentingan,” katanya.

Beliau menambah, mesej yang disampaikan perlu seimbang dan lebih peka dengan mengambil kira cabaran yang dilalui oleh masyarakat serta aspek sensitiviti. Komunikasi efektif dapat memastikan jenama organisasi terpelihara sambil menampilkan sesebuah organisasi benarbenar prihatin dan mengambil berat terhadap komuniti dan masyarakat secara keseluruhan.

Ketua Bersama Jawatankuasa MPRA2021, Prof. Said Bani CM Din pula berkata, pada masa ketidaktentuan ini, pendekatan komunikasi yang jujur dan sensitif terutamanya terhadap pekerja, amat penting bagi kesejahteraan mental dan fizikal mereka.

“Di antara situasi yang wajib ditangani dengan penuh sensitiviti termasuk ‘job security’, isu kehilangan pekerjaan, pemotongan gaji dan SOP bekerja dari rumah,” katanya
Prof. Bani menambah, Agensi Perhubungan Awam tidak terkecuali menghadapi cabaran era pandemik ini. Oleh itu, MPRA2021 telah memperkenalkan Anugerah ‘Penghargaan Khas’ bagi mengiktiraf agensi ‘ADAPT’ terbaik – yang berjaya memimpin syarikat mengharungi cabaran pandemik, dengan penuh keprihatinan terhadap kebajikan pekerja, di samping memperkukuh perkhidmatan terhadap klien melalui pendekatan baharu serta kreatif.

Covid juga telah membawa perubahan tingkah laku, persepsi dan sikap pengguna. Laporan terbitan bersama Facebook for Business and Bain & Company pada 30 Ogos 2021 (https://www.facebook.com/business/news/southeast-asia-the-home-for-digitaltransformation ):

  • Kesetiaan pada jenama didorong kualiti dan ‘product experience’ dan bukan pada harga.
  • 51% pengguna beralih dari jenama yang mereka sering beli, dalam tempoh 3 bulan lalu.
  • Aspek ESG adalah faktor penting yang mempengaruhi kesetiaan pelanggan: 90% pengguna bersedia membayar lebih untuk jenama yang memenuhi kriteria ESG.
  • Di Asia Tenggara, ESG adalah antara 5 sebab utama menukar jenama (ke-4 di Malaysia)

Tahun ini, MPRA dihos pada platform AwardStage, bagi kemudahan proses penyertaan serta penilaian panel juri secara atas talian. Untuk pendaftaran penyertaan serta maklumat mengenai tarikh penting, sila layari dan daftar di https://mpra.awardstage.com/

  • Tarikh Penting untuk MPRA2021 Tarikh akhir tawaran penyertaan awal: Jumaat, 15 Oktober 2021
  • Tarikh Tutup Penyertaan: Ahad, 31 Oktober 2021
  • Pengumuman Pemenang dan Majlis Anugerah: Jumaat 17 Disember 2021
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN