Trump dakwa tentera AS bantu 100 juta tong minyak lalu Selat Hormuz - Utusan Malaysia

Trump dakwa tentera AS bantu 100 juta tong minyak lalu Selat Hormuz

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Rabu berkata bahawa tentera AS secara rahsia telah membantu 100 juta tong minyak melalui Selat Hormuz, yang sebahagian besarnya didakwa telah ditutup oleh Iran sebagai tindak balas terhadap serangan AS dan Israel.

“Bulan lalu, saya telah mengarahkan Tentera Amerika yang hebat untuk melaksanakan misi rahsia bagi menyokong kapal tangki minyak dan kapal komersial lain melalui Selat Hormuz,” kata Trump dalam hantaran di platform Truth Social, sambil mendakwa AS mengawal laluan laut tersebut.

“Hari ini (semalam), saya dengan gembira mengumumkan bahawa usaha ini telah menghasilkan lebih daripada 100 juta tong minyak berjaya melalui selat itu dan masuk ke pasaran terbuka,” katanya, sambil mendakwa lebih 200 kapal komersial telah melaluinya.

Amerika memulakan operasi ketenteraan yang digelar Projek Pembebasan untuk mengiringi kapal melalui selat itu pada awal Mei, tetapi menghentikannya selepas hanya satu hari dalam apa yang disifatkan Trump sebagai usaha untuk menamatkan perang Asia Barat yang dilancarkan oleh Washington dan Israel pada 28 Februari.

Media AS kemudian melaporkan pada akhir Mei bahawa usaha itu disambung semula, namun Markas  Pusat AS (CENTCOM) yang bertanggungjawab ke atas operasi tentera Amerika  di Asia Barat  menyatakan pada masa itu bahawa laporan mengenai tentera laut mengiringi atau membantu kapal komersial adalah tidak benar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN