3 anak kapal hilang selepas kapal diserang tentera AS - Utusan Malaysia

3 anak kapal hilang selepas kapal diserang tentera AS

GAMBAR fail kapal-kapal berlabuh di luar bandar pelabuhan Khasab, utara Oman. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Tiga anak kapal India dilaporkan hilang selepas sebuah kapal diserang di luar pesisir Oman, kata India pada Rabu, sebelum tentera Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa ia telah melepaskan tembakan ke atas sebuah kapal tangki yang cuba melanggar sekatannya terhadap Iran.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar India mengecam serangan ke atas kapal tersebut, Settebello, dengan berkata: “Daripada 24 anak kapal India di atas kapal, 21 telah berjaya diselamatkan setakat ini dan tiga lagi dilaporkan hilang.”

“Serangan terhadap perkapalan di rantau ini amat membimbangkan dan merupakan kesan langsung konflik yang sedang berlaku di rantau ini,i,” tambahnya.

Tentera AS kemudian berkata, sebuah pesawat perangnya telah menembak kapal tangki tersebut di Teluk Oman, menyebabkan kapal itu tidak dapat beroperasi ketika cuba mengangkut minyak dari Iran.

Markas Pusat AS (CENTCOM) dalam hantaran di platform X menyatakan kapal berbendera Palau itu, Settebello, berulang kali gagal mematuhi arahan pasukan Amerika.

India kemudian memanggil wakil sementara kedutaan AS di New Delhi untuk menyampaikan bantahan keras terhadap serangan itu, kata seorang pegawai kerajaan India kepada AFP.

Laluan perairan strategik untuk bekalan tenaga dunia, Selat Hormuz di Teluk Parsi hampir sepenuhnya disekat sejak bermulanya perang Asia Barat yang tercetus selepas serangan AS-Israel ke atas Iran pada akhir Februari.

Rundingan di bawah gencatan senjata yang rapuh dalam beberapa minggu kebelakangan ini gagal mencapai persetujuan untuk membuka semula laluan tersebut.

Walaupun Iran didakwa menyekat laluan perkapalan sejak perang bermula, AS juga telah melaksanakan sekatan perkapalan sendiri sejak April. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN