MIC Melaka sahkan hanya bertanding di Gadek - Utusan Malaysia

MIC Melaka sahkan hanya bertanding di Gadek

SULAIMAN Md. Ali menyampaikan sumbang sempena sambutan Deepavali sambil diperhatikan M.S. Mahadevan (kanan) di Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: MIC negeri mengesahkan parti itu hanya akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek pada pilihan raya negeri (PRN), 20 November ini.

Pengerusinya, Datuk M.S. Mahadevan berkata, keputusan untuk mempertahan kerusi tradisi MIC itu telah dipersetujui Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, sebanyak tujuh nama calon sudah dihantar untuk dinilai pucuk pimpinan bagi menentukan individu yang difikirkan berpotensi merampas semula DUN berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, seboleh-bolehnya kita mahu kekalkan satu kerusi itu dan kita berharap rakyat di negeri ini tidak kiralah dari kaum Melayu, Cina atau India sekalipun, supaya memberi sokongan kepada kita.

“Memang satu kerusi telah dikhaskan kepada MIC untuk PRN Melaka dan kita akur dengan keputusan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan sempena sambutan Deepavali di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Setiausaha Agung MIC, M. Asojan berkata, sejak dahulu lagi partinya diberikan satu kerusi bertanding, menyorot beberapa penggal pilihan raya terdahulu parti itu bertanding di DUN Gadek.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), MIC menampilkan P. Panirchelvam, namun tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH), G. Saminathan dengan majoriti tipis 307 undian. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×