Mayat lelaki diikat beg pasir ditemukan di laut - Utusan Malaysia

Mayat lelaki diikat beg pasir ditemukan di laut

MAYAT lelaki yang ditemukan terapung di perairan Tanjung Piandang dekat Parit Buntar semalam. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tangan dan kaki terikat di perairan laut Ban Pecah, Sungai Burung di Tanjung Piandang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat berkata, polis menerima maklumat pada pukul 10.04 malam semalam mengenai mayat lelaki berusia lingkungan 16 hingga 35 tahun yang tersangkut pada pukat di perairan tersebut.

Menurutnya, tangan dan kaki mayat didapati diikat menggunakan beg berisi pasir, dipercayai untuk menenggelamkan mayat ke dalam laut.

“Mayat dalam keadaan telah membusuk dan dianggarkan telah mati dalam tempoh beberapa hari.

“Bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat trauma tumpul.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu atau yang kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden  Ambri Mat Nayan menerusi nombor 01113092525. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya