Malaysia ulangi komitmen PBB kekal wadah terbaik kerjasama sejagat

Malaysia ulangi komitmen PBB kekal wadah terbaik kerjasama sejagat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia sekali lagi memperbaharui komitmen pendirian negara ini sejak sekian lama ke atas kewibawaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai cabaran terkini.

Penegasan tersebut dizahirkan Kementerian Luar menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini bersempena ulang tahun ke-75 Piagam PBB mula berkuat kuasa pada 1945 lalu.

“Pada hari ini, Malaysia mengulangi semula ketetapan negara sekian lama terhadap PBB dan percaya badan ini masih wadah terbaik menangani aneka permasalahan sejagat.

“Malah Malaysia meyakini organisasi global yang ketika ini dianggotai sejumlah 192 negara itu tetap utuh dalam meneruskan pelbagai agenda kerjasama peringkat antarabangsa,” katanya.

Sambil menyifatkan isu kemanusiaan sebagai suatu keluarga besar, Malaysia sejak menyertai PBB pada 1957 dan menjadi negara ke-82, turut memegang tiga rukun utama badan tersebut meliputi keamanan dan keselamatan, hak asasi manusia serta pembangunan, di samping memainkan peranan aktif sebagai pasukan tentera pengaman di pelbagai negara bergolak.

Bahkan Malaysia cergas ketika menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada 1965, 1989-1990, 1999-2000 dan 2015-2016, selain tujuh kali sebagai anggota Majlis Ekonomi dan Sosial PBB.

“Malaysia juga suka cita dipilih untuk kali ketiga dalam Majlis Hak Asasi Manusia PBB penggal 2022-2024 dan sedia bekerja erat dengan semua negara melalui pelbagai platform,” katanya.

Wisma Putra menerusi kenyataan itu menambah, Malaysia turut berusaha memastikan dunia bebas senjata nuklear menjelang persidangan perjanjian berkaitan pada awal tahun depan.

Menyentuh isu Palestin, Malaysia juga ada membantu dengan sumbangan AS$1 juta secara berperingkat melalui Agensi Bantuan Pelarian Palestin PBB (UNRWA) sehingga 2025 kelak.

Pada masa sama, pelbagai usaha dirangka turut sejajar keperluan PBB antaranya Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) yang menerapkan misi Matlamat Pembangunan Mampan 2030.

Begitu juga laporan kajian semula kesukarelawan nasional ketika berlangsung Forum Politik Peringkat Tinggi di New York, Amerika Syarikat yang aktif disertai Malaysia pada Julai lalu.

“Negara ini turut menuju ke arah neutral karbon menjelang 2050 dan menegaskan iltizam itu pada Konvensyen Perubahan Iklim PBB di Glasgow, Britain bulan depan,” jelas Wisma Putra.

Bagaimanapun Malaysia juga percaya ada keperluan mendesak bagi PBB dalam isu wabak Covid-19 terutama isu pengagihan bekalan vaksin terutama untuk kebanyakan negara miskin.

Justeru, Malaysia sedia bekerjasama dalam satu keluarga dunia dengan pelbagai agensi PBB dan negara anggota untuk terus memainkan peranan diplomasi kesihatan peringkat sejagat sebagai satu usaha berterusan tanpa sempadan bagi memulihkan kembali dunia dan memastikan umat manusia mengecapi pembangunan seiring kemajuan semasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya