Lelaki edar pil kuda terima upah RM150 setiap hantaran dicekup

Lelaki edar pil kuda terima upah RM150 dicekup

PIL kuda yang dirampas selepas polis menahan seorang lelaki di Kampung Tok Bok, Tendong, Pasir Mas, Kelantan, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang lelaki yang bertindak sebagai pengedar pil kuda dan menerima bayaran RM150 untuk setiap penghantaran dicekup polis dalam serbuan di Kampung Tok Bok, Tendong di sini, malam tadi.

Lelaki berusia 23 tahun dan mempunyai rekod jenayah lampau itu dicekup di hadapan sebuah kedai makan pada pukul 11.30 malam oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, hasil soal siasat yang dijalankan suspek mengaku menerima upah sebanyak RM150 untuk setiap penghantaran pil kuda.

Menurutnya, suspek turut mengaku mengambil bekalan tersebut dari seorang lelaki dikenali sebagai Puyih sebelum membuat penghantaran.

“Semasa pemeriksaan dijalankan  ke atas tubuh badan suspek, kita menjumpai satu beg pinggang. Pemeriksaan ke atas beg tersebut telah menjumpai dua peket plastik warna biru yang diikat dengan satu gelang getah mengandungi pil kuda.

“Hasilnya, kita berjaya merampas 400 biji pil kuda yang dianggarkan berjumlah RM4,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, saringan ujian air kencing yang dilakukan mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya