BAITULMUQADDIS: Seorang bekas perdana menteri Israel mendedahkan rejim itu menyeludup peranti penerima internet Starlink ke Iran bagi membantu penunjuk perasaan anti-kerajaan, namun beliau mendakwa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu gagal meneruskan pelan berkenaan. Naftali Bennett yang berkhidmat sebagai perdana menteri dari 2021 hingga 2022 memberitahu hadirin di Sidang Kemuncak Dasar Antarabangsa JNS di Baitulmuqaddis bahawa beliau telah memulakan proses memperoleh dan menyeludup berpuluh-puluh ribu peranti penerima Starlink ke Iran…









