Lawatan keluarga, penjaga klien Puspen dibenarkan

Lawatan keluarga, penjaga klien Puspen dibenarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lawatan keluarga atau penjaga bagi klien yang mengikuti program rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di seluruh negara kini dibenarkan.

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam satu kenyataan memaklumkan, sesi lawatan itu bagaimanapun, hanya boleh dilakukan menerusi permohonan menerusi panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS), pesanan aplikasi WhatsApp, surat atau e-mel kepada pegawai pemulihan terlibat.

Kata kenyataan itu, lawatan secara datang terus (walk-in) tidak dibenarkan sama sekali dalam tempoh pandemik ini.

“Kebenaran lawatan itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Setiap keluarga atau penjaga perlu membuat janji temu dengan pihak Puspen bagi mengelakkan kesesakan, melancarkan perkhidmatan AADK dan mengelakkan risiko penularan jangkitan wabak COVID-19,” katanya.

Mengulas lanjut, kata kenyataan itu, AADK mengakui sesi lawatan keluarga itu memberi ruang dan peluang dalam menyokong klien sekali gus memberi komitmen mengekalkan kepulihan.

“Sesi lawatan keluarga ini akan memberi ruang dan peluang kepada keluarga atau penjaga serta klien untuk bertemu mesra sebagai pendekatan teraputik.

“Ia penting bagi menyokong klien dalam institusi untuk terus memberi komitmen mengekalkan kepulihan,” jelasnya.

Sehubungan itu, AADK memaklumkan, sebarang maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Puspen berkaitan atau melayari laman web rasmi AADK di www.adk.gov.my. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN