Lagi 3.2 peratus capai 90 peratus populasi dewasa lengkap vaksin - Utusan Malaysia

Lagi 3.2 peratus capai 90 peratus populasi dewasa lengkap vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 20, 317,843 individu atau 86.8 peratus populasi dewasa  menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Menurut portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan setakat 11.59 malam tadi, sebanyak 92.4 peratus atau 22.1 juta populasi dewasa  mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Bagi populasi keseluruhan rakyat Malaysia, seramai 20,389,622 individu atau 62.4 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19,” katanya.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 71,779 atau 2.3 peratus daripada mereka melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.

Perincian itu juga memaklumkan sebanyak 237,245 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam membabitkan 103,021 dos pertama dan 134,224 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 43,933,988 dos. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN