KSM nafi tawaran elaun sara hidup - Utusan Malaysia

KSM nafi tawaran elaun sara hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) menafikan tawaran elaun sara hidup daripada Tabung Sumber Pembangunan Manusia (Dana Pembangunan Sumber Manusia)

Menurut Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia, tawaran itu kononnya untuk mengatasi kesan pekerjaan disebabkan oleh pandemik Covid-19 dibuat dalam bentuk mesej yang tular dalam media sosial. 

“KSM menjelaskan bahawa mesej tersebut adalah palsu dan KSM menerusi Human Resource Development Corporation (HRD Corp) tidak pernah menawarkan, menyokong, atau mengambil bahagian dalam skim tersebut. 

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai mesej yang tular berkenaan sebaliknya merujuk laman web rasmi KSM di www.mohr.gov.my untuk mendapatkan maklumat mengenai program dan bantuan kewangan yang ditawarkan oleh KSM dan HRD Corp,” kata kenyataan itu hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya