Kluster baharu libatkan institusi pendidikan - Utusan Malaysia

Kluster baharu libatkan institusi pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja terus merekodkan pertambahan empat daripada sembilan kluster Covid-19, hari ini, diikuti dua pendidikan lain manakala institusi pendidikan Kementerian Pendidikan, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi, masing-masing satu kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tempat kerja melibatkan dua kluster di Johor manakala Negeri Sembilan dan Selangor, masing-masing satu kluster.

“Kluster pendidikan lain pula, Kedah dan Pulau Pinang, masing-masing satu kluster manakala satu kluster Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan di Kelantan serta satu kluster komuniti di Perak dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi di Johor.

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 702 kluster manakala 4,961 kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 7,509 kes berbanding semalam, 7,420 kes sekali gus terus diatasi 9,531 kes sembuh manakala 695 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 347 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

Daripada 7,509 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 116 kes (1.5 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

Bakinya 7,393 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 89 kes berbanding kelmarin, 88 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 27,770 kes.

Sebanyak 19 daripada 89 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,609 kes.

Sebanyak 703 kes memerlukan rawatan di ICU manakala 366 pesakit memerlukan ABP manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,608 orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN