AOT bantu Thailand, Kemboja patuh gencatan senjata

AOT bantu Thailand, Kemboja patuh gencatan senjata

AZMI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Pemerhati ASEAN (AOT) dipercayai mampu membantu menstabilkan ketengangan antara Thailand dan Kemboja serta memastikan perjanjian gencatan senjata antara dua negara itu dipatuhi.

Geostrategis dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan berkata, gencatan senjata yang dimeterai kali ini mempunyai perbezaan dengan perjanjian yang dilakukan pada Julai lalu.

Menurut beliau, keberadaan AOT akan membantu dalam menyelesaikan konflik antara Thailand dan Kemboja.

“Apa yang saya lihat berbeza dengan gencatan senjata pada Julai lalu adalah ASEAN secara kolektif untuk menghantar pemerhati di lapangan untuk menentukan gencatan senjata yang dilakukan pada kali ini kekal dihormati oleh kedua belah pihak.

“Selain itu, keberadaan China yang memberikan keyakinan atau menjadi pemberat yang agak kuat, kalau sebelum ini hanya Amerika Syarikat (AS) dan China tidak terbabit dalam perjanjian gencatan senjata sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Media melaporkan, Thailand dan Kemboja melaksanakan gencatan senjata serta-merta bagi menamatkan konflik bersenjata di sepanjang sempadan kedua-dua negara yang berlarutan selama beberapa minggu dan mengorbankan puluhan nyawa.

Persetujuan itu dimeterai melalui satu kenyataan bersama yang ditandatangani oleh menteri pertahanan kedua-dua negara, dengan gencatan senjata berkuat kuasa mulai pukul 12 tengah hari waktu tempatan pada 27 Disember 2025.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan untuk menghentikan pertempuran dan mengekalkan kedudukan pasukan masing-masing mencerminkan pengiktirafan bersama bahawa sikap bertimbang rasa amat penting demi keselamatan orang awam.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, gencatan senjata pada kali ini merupakan hasil dari mesyuarat Menteri Luar ASEAN yang berlangsung pada Isnin lalu.

“Ini membuktikkan kewujudan jawatankuasa bersama mengenai keselamatan sempadan sudah wujud dan berjaya dilaksanakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN